Haaziq semakin petah mengeluarkan bunyi-bunyi suku kata mama , baba , papa , dada tika usia hampir menyambut ulang tahun kelahiran yang pertama.
Allah As sama' ..ye Allah Amat mendengar. Allah menganugerahkan pendengaran untuk kita dan dengan pendengaranlah kita meneroka ilmu-ilmu Allah. " Mendengar " juga merupakan cara yang yang pertama untuk kita belajar..ye sejak dalam rahim ibu...kita dengar macam-macam...ibu baca Quran , ayah baca Quran...kini Haaziq dengar Quran..
Biarpun di mana-mana tetap ada Quran. Haaziq dengar dan dengar biarpun sambil bermain. Inilah antara kerja minda separa sedar. Kita menggunakan 90% dari minda separa sedar kita berbanding minda sedar 10% dalam semua kerja buat kita. Betapa Allah begitu memudahkan untuk kita belajar.
Ibu mengharapkan dengan ' Main Quran ' ini , Haaziq akan menyimpannya dalam minda dan semoga Allah izinkan Haaziq berkebolehan membaca dan menghafaz Quran suatu hari nanti. Ini hanyalah sekelumit usaha ibu memberi ruang Haaziq meneroka dan terus meneroka...
Terima kasih ibu. Terima kasih ayah....
Sekian dulu kawan-kawan...ingat ye ,,,,mari kita dengar Quran dan Allah As sama'.
Allahu 'alam
![]() |
| Ibu ajarkan Haaziq mengenal huruf /bunyi yang mesra bayi dari Al Quran |

0 comments:
Post a Comment