Monday, 16 April 2012

nYum nyum.....Haaziq Suka mamam....

Haaziq mamam.. ibu  suap
 Assalamu'alaikum  kawan-kawan Haaziq !!!!  Haaziq  kini  sudah  boleh  makan makanan  keluarga. Mai kita tengok apa makanan yang Haaziq suka. Apa? Nak resipi ? Owhhh..boleh... 

Mmmmm...sebelum makan rasulullah berpesan dan mengajar kita supaya  membaca " Bismillah "

Kata rasulullah saw :  
"  Wahai anakku , bacalah bismillah dan makanlah dengan tangan kanan   serta yang terdekat darimu. "
Hadith yang direkodkan oleh Bukhori dan Muslim

Masya Allah ! Indahnya  akhlak  rasulullah saw kita kan...kawan-kawan!  Sebelum makan jom kita basuh tangan  dulu...eh eh eh..Haaziq  baru  pandai mengguna jari untuk makan. Kalau  bubur nasi , sup..ibu dan ayahlah yang akan  suapkan Haaziq. Kalau biskut , Haaziq suap sendiri sebab guna jari.

Subhanallah yang menjadikan jari Haaziq. Hari  demi  hari kebolehan Haaziq  menggunakan jari  semakin  matang  dan mantap.  Ibu kata : " Allah sahajalah  yang boleh beri Haaziq menggunakan jari. Tiada yang lain ! " Mmmmm...Haaziq  ingat  , ibu.

Okeii..kawan-kawan ...Jom kita lihat  resipi-resipi Haaziq....mamam..Haaziq tak pandai sebut  " makan " lagi  tapi bila nampak makanan Haaziq  akan mengunyap-nguyap..mamam mamam... 

Sekian dulu kawan-kawan...Jumpa lagi ye di lain post..
Ingat : Allah sahaja yang boleh gerak-gerakkan jari kita.
           Bila makan baca " Bismillah "

Allahu'alam.

Bubur Nasi

Bahan-bahan

Cara  Penyediaan
. Beras
. sayur  berwarna hijau ( sawi ) / karot
. Ikan  bilis  ( dibersihkan tulanganya )
(Boleh  digantikan  dengan ayam , daging , ikan kembung)
. Bawang putih/merah
. Minyak zaitun , sedikit  garam bukit
. Bawang garing
. Rebus  beras hingga  empuk dan kembang ( pastikan  berkuah )
. Masukkan ikan  bilis  / karot @
Jika guna ayam , daging , ikan kembung.
. Masukkan bawang merah/putih
. Bila telah sebati  ( lauknya )
. Masukkan minyak zaitun dan garam bukit.
.Kacau sebati
. Masukkan sayur
( Batang/daun)
. Tutup api dan taburkan bawang garing.
Sup Bebola Ikan

Bahan-bahan

Cara  penyediaan
. Kentang
. Karot
. Suun
. Telor @ fish ball
. Bawang putih / merah
. Halia
. Kakas rempah @ sup bunjut
. Daun ketumbar
. Minyak zaitun
.  Sedikit  garam bukit
. Rebus kentang / karot  hingga empuk.
. Masukkan bawang merah/putih , halia dan kakas rempah serta sup bunjut. , sedikit garam bukit.
. Masukkan minyak zaitun
. suun
. Gaulkan  sebati
. Pecahkan  telor  tanpa menggaulnya.
.  Taburkan  daun ketumbar




Mihun Sup

Bahan-bahan

Cara  Penyediaan
. Mihun
. Serbuk  kunyit
. fish ball
. Cendawan
. Kakas rempah/sup bunjut
. Bawang merah/putih
. Halia
. Sayur sawi kampung
. Minyak zaitun
. Sedikit  garam bukit
. Bawang garing
. Rendam /celur mihun  halus bersama  serbuk kunyit
(Toskan )
. Rebuskan fish ball.
. Masukkan bawang merah / putih , kakas rempah , sup bunjut, halia.
. Masukkan cendawan
.Masukkan minyak zaitun/garam.
. Masukkan bawang garing

Sunday, 1 April 2012

Mabruk Haaziq , sudah satu tahun usia...17/2/2012


Terima kasih ibu ayah ! Alhamdulillah  wahai  Ar Rahman...kini  Haaziq telah pun menjangkau  usia  satu tahun.

Wahai kawan-kawan hiiii...terimalah senyuman  bergigi empat dari Haaziq....

Subhanallah wahai kawan-kawan  satu tahun ye juga dua belas bulan sudah Allah  merezekikan  Haaziq melihat 'alam  dunia ini.  Berbagai  ransangan dan bimbingan yang  mendidik ,   Haaziq terima dari ibu dan ayah.

 Walaupun ayah  jauh tapi  dengan ikatan  dan suara  juga wajah  ayah  pada video call di handphone  merupakan  ' hubungan ' yang bermakna  bagi  Haaziq dan ibu. Eh!!.. ayah Haaziq pulang dua minggu sekali tau tapi ada juga tiap-tiap minggu. Haaziq rindu ayah.

Dalam usia  satu tahun ini , Haaziq sudah tahu banyak perkara. Makin hari makin terperinci dan menjurus.
Haaziq sudah pandai menghargai diri sendiri. Haaziq akan tepuk tangan  ( clap! clap ! ) bila  berjaya  melakukan sesuatu. Haaziq udah tahu " nah " dan " nak "....kini ibu ajar Haaziq  , terima kasih bila ibu bagi barang  pada Haaziq.
Haaziq  udah tahu " ini Haaziq punya , tak boleh ambil dan no share " hihihi....

Mari kita ingat , Allah Ar Razak....Allah memberi semuanya dengan percuma  kerana Allah Ar Rahim...
Tiada yang boleh memberi selain Allah...Allah sudah memberi banyak dan tidak terhitung nikmatNya pada Haaziq.

Ibu dan Ayah , doakan Haaziq  jadi  ' Little khalifah "...

Sekian dulu kawan-kawan.. Jumpa lagi!!! Ingat ye..Ar Razak , Ar Rahim..

Allahu'alam.



Wednesday, 15 February 2012

Main Quran...Haaziq dengarrrrr...

video
Mama..baba...papa...dada...Haaziq beri  salam ni...jawap la...
Haaziq semakin petah mengeluarkan bunyi-bunyi suku kata mama , baba , papa , dada  tika usia hampir menyambut ulang tahun kelahiran yang pertama.

Allah As sama' ..ye Allah Amat mendengar. Allah menganugerahkan  pendengaran  untuk kita dan dengan pendengaranlah kita  meneroka ilmu-ilmu Allah. " Mendengar " juga merupakan  cara  yang  yang pertama  untuk  kita belajar..ye sejak dalam rahim ibu...kita dengar macam-macam...ibu baca Quran , ayah baca Quran...kini Haaziq dengar Quran..

Biarpun di mana-mana tetap ada Quran. Haaziq dengar dan dengar biarpun sambil bermain.  Inilah  antara  kerja  minda separa sedar. Kita menggunakan  90%  dari minda separa sedar  kita  berbanding  minda sedar 10%  dalam semua  kerja  buat kita.   Betapa  Allah  begitu memudahkan untuk kita belajar.

Ibu  mengharapkan dengan  ' Main Quran ' ini , Haaziq  akan  menyimpannya  dalam  minda  dan  semoga Allah izinkan Haaziq berkebolehan membaca dan menghafaz Quran  suatu hari nanti. Ini hanyalah sekelumit usaha  ibu  memberi  ruang  Haaziq  meneroka dan terus meneroka...

Terima kasih ibu. Terima kasih ayah....

Sekian dulu kawan-kawan...ingat ye ,,,,mari kita dengar Quran dan Allah As sama'.

Allahu 'alam
Ibu ajarkan Haaziq mengenal huruf /bunyi yang mesra bayi dari Al Quran

Sunday, 12 February 2012

Haaziq belajar Al Quran

Pandai dah pejam mata bila kena cahaya flash kamera


Salam  dan jumpa lagi kawan-kawan......Haaziq kini menghitung hari  nak menyambut ulang tahun kelahiran yang pertama....mmmm... udah besar  anak ibu,,,,anak ayah!!!! 

Allah telah membekalkan Haaziq kebolehan  melihat , mendengar , merasa , menyentuh dan menghidu....subhanallah  semua  itu  adalah  pintu  laluan  penerokaan  alam  Allah  ini. Haaziq  lihat  , dengar  dan  Haaziq  tiru..hihihi.

Haaziq  kini  sudah boleh  menyebut  dan  meniru bunyi  huruf hijaiah yang diimbaskan oleh ibu....ب, م,أ

Haaziq  hanya boleh sebut je / a / ,  /ma / , / ba /  tapi masih  belum  mengecam  simbol.  Pada usia 11 bulan Haaziq telah berkebolehan  menghubungkan  objek  dengan bunyi.  Jadi , inilah peluang  ibu ajarkan  Al Quran. Kebolehan ini  sebenarnya  Allah bekalkan  semasa  Haaziq  menjangkau  usia  sepuluh  bulan.

Jom tengok Haaziq  belajar Al Quran...

video



ish ..ish  macam-macam  gaya Haaziq belajar tapi janji enjoy...

Hasilnya adalah milik Allah...ibu  usaha je...semoga Haaziq  jadi  anak soleh  yang  cinta  dan  mahir  
AL Quran.

Mari  kita  lihat  bagaimana Allah  mengaturkan kita belajar....


" Dan Allah mengeluarkanmu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu dan Dia memberi kamu pendengaran , penglihatan dan hati , agar kamu bersyukur " 
                                                                                                    (  Al- Nahl : 78 )

Sekian  dulu kawan-kawan ...Jumpa lagi yekk...
Mari kita ingat...jadi anak yang bersyukur...



Tuesday, 7 February 2012

Sweet Hadiah dari Nenda Lis

Hadiah  Nenda Lis


Salam kawan-kawan semua!!!

 Alhamdulillah  Allah  beri  lagi kesempatan  Haaziq  sembang-sembang  dengan kawan-kawan hari ini.
 Semoga kawan-kawan semua sihat  dan makin hari makin banyak  kemahiran  yang  diberi oleh Allah.

Kali ini Haaziq nak cerita tentang hadiah Nenda Lis. Tu..di atas tu...cantik kan hadiah tu, kawan-kawan..
Ibu kata ini adalah penyepit baju. Penyepit baju ni istimewakan kawan-kawan? Ada kupu-kupu , ada bunga , ada ikan  dan berwarna-warni lagi. Tentu perekanya benar-benar ulil Albab ( yang mempunyai fikiran ) kan kawan-kawan...ibu kata tentu perekanya memanfaatkan kreativiti yang Allah beri padanya....Haaziq suka...

Jom  tengok  kerja-kerja Haaziq  dengan hadiah Nenda Lis ni.....

video


 
Baling ! Baling ! Baling ! Baling ! Baling....hihihi....wah  banyaknya....eh !Eh ! suara Haaziq  garau je . Ni masa  Haaziq demam  nak tumbuh empat  batang gigi sekaligus  dulu. Demam-demam pun Haaziq banyak kerjalah kawan-kawan..

Maha sempurna Allah  , Allah memberikan kekuatan  tangan  pada Haaziq.  Haaziq udah pandai membaling.
Haaziq sedang belajar konsep sebab musabab  dan Haaziq  teruja dengar bunyi penyepit  baju jatuh..

Sehingga usia sepuluh bulan lebih ini , Haaziq  sudah mula belajar  dan memahami  untuk menghubungkan  simbol ( aksi ) dengan bunyi-bunyi sekitarnya. Haaziq sudah cukup pandai bermain " aum cak ". Haaziq juga banyak  bercakap. Haaziq  juga udah  mula belajar membaca Al Quran.
Okei kawan-kawan  sehingga bertemu lagi dalam post lain ( Haaziq belajar Quran )....
Ingat....mari jadi ulil Albab..( orang yang mempunyai fikiran ).

Allahu'alam...





Monday, 6 February 2012

Hurairah....Hurairah....

Lembutnya bulu Olish
Sayang  Olish
       
"  Hurairah....eh ! Eh ! Eh ! 
 Haaziq  hitung  hurairah.



Salam  kawan-kawan....
Haaa....kaifa halukum kawan-kawan...maknanya .... Apa khabar  kawan-kawan ".


  Lama juga tak jumpa ye....



Haaziq sukaaaa....  kucing. Hurairah  bermakna  anak kucing dalam bahasa arab.

Di rumah siti adalah empat ekor anak kucing. Haaziq suka hurairah sebab rasulullah  s.a.w sangat penyayang pada kucing ..


Kawan-kawan mari kita dengar cerita ' Abu Hurairah ' dari siti Haaziq....

Pada zaman rasulullah s.a.w ada seorang sahabat  baginda  yang  diberi gelaran " Abu Hurairah ". Gelaran ini diberi oleh rasululullah kerana  sahabat  ini  sangat penyayang  pada binatang dan  dia mempunyai  seekor kucing.  Abu Hurairah selalu memberi  kucingnya makan dan digendongnya , dibersihkannya  serta  diberinya  tempat  berteduh.  Kucingnya  itu akan selalu ikut ke mana sahaja dia pergi.

Nama  asal  Abu Hurairah  pada masa jahiliahnya adalah Abdu Syamsi ( Hambah Matahari ).  Bila Abu Hurairah memeluk Islam , rasulullah s.a.w telah  memberikannya nama Abdurrahman .  Selain  dari  sifatnya  yang  penyayang  itu , Abu Hurairah  sangat  istimewa kerana Abu Hurairah  adalah  antara  sahabat  yang  paling  banyak  meriwayatkan dan  menghafaz   hadith nabi Muhammad s.a.w.  Abu Hurairah  sentiasa berada  bersama nabi  s.a.w.

Abu Hurairah juga merupakan  seorang  sahabat yang  mendapat  keberkatan  doa  nabi s.a.w  yang mana Abu Hurairah mampu menghafaz hadith tanpa mengurang atau menambah patah-patah kata rasulullah s.a.w. Jauh  sekali  dari lupa.
Ingatannya  sangat  kemas.  Rasulullah s.a.w  juga mendoakan  ibunya memeluk Islam atas permintaannya.

Kawan-kawan ...sekian dulu kali ini....ingat...mari kita jadi seperti Abu Hurairah....
Sayang pada binatang ....

Jumpa  lagi.  Allahu'alam.


Sunday, 8 January 2012

Bestnyer...nak masuk mulutlaaaaa.....




Salam  dan ashabul khair kawan-kawan...!!!

Apa khabar kawan-kawan ? Semoga semuanya sihat dan dilindungi Allah dalam kesejahteraan ye..

Haaziq pula baru saja lepas sembuh dari demam. Hampir seminggu Haaziq demam. Gigi Haaziq  udah tumbuh....emmm, empat batang sekali....huhu.
Kini tinggal batuk dan selsema je... Alhamdulillah ibu ayah memberikan penawar yang meransang kekuatan antibodi. Terima kasih ibu ayah...sayang ibu ayah.

Haaziq kini udah menjangkau usia sepuluh bulan tiga minggu. Wah bertambah minat Haaziq masukkan semuanya ke dalam mulut....Haaziq dapat rasa keras , lembut , licin , manis , masammmm.....eiiii durian yang paling Haaziq takut...tajammm..

Wahai kawan-kawan , dalam mulut kita Allah jadikan ada lidah. Lidah inilah yang Allah ciptakan untuk ' merasa '. Istimewa sekali ciptaan dan binaan lidah ini. Allah  ciptakan  saraf yang  amat aktif  dan peka  untuk Haaziq  dan kawan-kawan  kenal  dunia ini  bersama  kebolehan  lain yang telah dibinakan hari  demi  hari  sebagai   bekalan mengenal  Allah.

Di usia Haaziq dua tahun  pertama  ini , mulut adalah  ' dunia '  Haaziq. Ini  bermakna Haaziq belajar menggunakan mulut untuk '  kenal ' sesuatu objek selain melihat dan mendengar. Haha..."  I can  taste  it !!!  I can  feel it " supaya terkesan di emosi dan memberi pengalaman  yang ' real '    Ehhh ! Meaningful!!!! .

Bila Haaziq dah lihat , Haaziq  nak rasa.  Subhanallah , Allah  telah beri kebolehan memegang yang baik...hihi Haaziq boleh ambil dan masukkan ke dalam mulut. 

O..owww...ibu Haaziq tak marah kalau Haaziq masukkan  permainan , kain , sudu , pen  ke dalam mulut....hihihi..ibu akan beritahu..ha ' keras ' , ' lembut '.. Ibu  tetap akan beri peluang Haaziq belajar...

Ah! Ah!..Allah  Al 'Alim....Allah amat mengetahui segala ciptaanNya...Allah membekalkan  segala keperluan yang sesuai  dengan  ciptaanNya untuk menghuni bumi ini sebelum pulang ke kampung abadi ; akhirat nanti .

Wahai kawan-kawan , sekian dulu.

Mari kita ingat , Tiada yang Amat Mengetahui selain Allah. Allah Al 'Alim

Bye bye kawan-kawan. Jumpa lagi .....

 Allahu 'alam.